Home Mengenai Kami
Akademi Memandu Nilai Sdn Bhd PDF Print E-mail

Akademi Memandu Nilai Sdn. Bhd mula beroperasi pada 1 April 2005 dengan menawarkan harga yang berpatutan bagi lesen A,B2,C,D,E,H,I PSV DAN GDL. Akademi ini merupakan sebuah akademi yang dibina diatas kawasan seluas 7 hektar dengan kos pembinaan sebanyak RM2.6 juta.


Dengan rekabentuk yang moden dan terkini, AMN dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang sempurna yang mana dapat memberi kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan. Syarikat menubuhkan 3 bahagian pentadbiran yang utama yang terdiri daripada bahagian pejabat, pemasaran dan unit latihan untuk memastikan kelancaran operasi syarikat.

Disamping pejabat induk, AMN juga mempunyai 6 lagi cawangan yang memberi perkhidmatan pendaftaran dan perkhidmatan kaunter mesra pelanggan . AMN berkomited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik serta diiktiraf sebagai satu-satunya akademi yang mempunyai sistem pemanduan selamat sepanjang hayat dan mengadakan ujian pemanduan setempat. AMN sentiasa berusaha untuk memberi kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan kaunter yang mesra serta khidmat nasihat yang tepat.

Akademi ini juga ditubuhkan dengan bermatlamat untuk membangun serta melaksanakan program keselamatan jalan raya dan kesedaran pemanduan selamat sepanjang hayat bukan sahaja kepada pemandu-pemandu baru malah kepada pemandu yang memiliki lesen kepada pelajar-pelajar sekolah juga mengadakan kursus-kursus pemanduan lanjutan(Advance Driving Courses) yang dilatih oleh tenaga pengajar yang berpengalaman terdiri daripada kamu Melayu, China dan India. Setakat ini AMN mempunyai 52 buah kenderaan, 28 buah kereta kancil, 20 buah motorsikal B2, 2 buah motorsikal B dan 2 lori.

Pada 26 Januari 2006 AMN telah mendapat sijil pengiktirafan dari segi kualiti perkhidmatan (ISO 9001:2000) daripada URS Certification (M) Sdn Bhd, Sijil No 16119. Syarikat sentiasa membuat penyelidikan untuk mengekalkan serta memperbaiki mutu perkhidmatan agar lebih baik dan diiktiraf.